Ahad, 26 Julai 2009

Cara bersangka baik

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Selasa, 14 Julai 2009

Kebajikan akan menghapuskan keburukan

.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)

· Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
· Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
· Tolonglah orang yang dianiaya!
· Berilah makan orang yang kelaparan!
· Berilah minum orang yang kehausan!
· Jenguk orang yang sakit!
· Hantarlah jenazah!
· Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
· Pimpinlah orang yang buta!
· Berilah petunjuk orang yang bingung!
· Muliakanlah tetamu!
· Berbuat baiklah kepada tetangga!
· Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
· Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
· Sedekahkanlah wang anda!
· Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
· Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.

Najib 100 hari pada pandangan Dr M

Dr M bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup di PWTC mengenai pandangannya kepada 100 hari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Antara yang negatif dari pandagan Chedet ialah mengenai
cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura. Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Mantan perdana menteri itu berkata, orang Melayu hari ini tidak puashati kerana dituduh menjadi penghalang perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya. Orang Melayu, katanya, menyalahgunakan lesen, kontrak dan permit import yang diluluskan (AP)

'DEB tidak salah tetapi yang salah (ialah) kerana orang yang menyalahkan lesen, kontrak dan AP itu,” katanya.


Seperti diketahui Chedet juga tidak senang dengan keputusan penghapusan PPSMI. Entahlah Dr M ni dulu masa Pak Lah pun dia tidak suka, Tok Jib pun tak suka. Mungkin kerana tidak meneruskan idea-idea dia.

Tapi kerana negara kita demokrasi sesiapa pun bebas mengatakan pendapat masing-masing ada bagusnya juga pendapat-pendapat macam ni sebagai teguran terhadap kerajaan samada dari pihak pembangkang atau dari ahli UMNO sendiri. Dr M sudah memasuki UMNO semula sebaik sahaja Datuk Seri Najib menjadi PM.

Tetapi tindakan Dr M ni seperti membuka pekung di dada dan serba sedikit mempengaruhi kempen Manik Urai kepada Pakatan Rakyat kerana Dr M masih mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.

Pasti Dr M ni membuat kan DS Najib pening dan ibarat duri dalam daging kepada UMNO.