Sabtu, 24 September 2011

Benih Terbaik

Seorang CEO hendak mewariskan syarikat perniagaannya kepada pekerja- harapannya tetapi agak sukar untuk mencari yang terbaik.

Oleh itu dia memanggil semua eksekutifnya dan masing-masing diberikan sebiji BENIH dan berkata, “Siramlah benih ini dengan teratur, pelihara, dan kembalikan kepada saya setahun dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari biji benih ini.

Yang TERBAIK, pemiliknya akan menjadi pengganti saya sebagai CEO perrniagaan ini.”

Seorang pekerjanya, Rahmat, pulang ke rumah.

Setiap hari dia menyiram benih tersebut dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

Setelah 6 bulan, di pejabat, eksekutif yang lain sering bercerita pasal tanaman masing-masing, sedangkan Rahmat pula melihat TIDAK ADA PERUBAHAN yang terjadi kepada benih kepunyaannya. Benihnya tidak tumbuh apa-apa.

Dia merasakan dia akan GAGAL..

Setelah setahun, seluruh eksekutif menghadap CEO, mempersembahkan hasil benih tersebut. Rahmat berkata pada isterinya bahawa dia malu untuk membawa pasu yang kosong, namun isterinya memberi galakan kepadanya untuk menyatakan perkara yang sebenar. Rahmat menyedari bahawa isterinya menyarankan PERKARA YANG BENAR.

Memasuki ruangan mesyuarat, Rahmat membawa sebuah pasu yang kosong. Seluruh mata memandangnya dengan kasihan. Ketika CEO memasuki bilik mesyuarat, dia memandang keindahan seluruh tanaman itu, hingga akhirnya dia berhenti di depan Rahmat yang tertunduk malu.

CEO memintanya ke depan dan menceritakan TRAGEDI yang menimpanya.

Ketika dia selesai bercerita, CEO berkata, “Berikan tepukan yang gemuruh untuk Rahmat, CEO yang baru”.

Dia menyambung, “Aku memberikan kepada anda semua sebiji benih yang sebelum itu SAYA TELAH REBUS DENGAN AIR PANAS sehingga mati dan tidak mungkin tumbuh. Melihat benih itu tidak tumbuh, anda semua telah menukarnya dan berbohong kepadaku. Tetapi tidak dengan Rahmat, dia mahu berkata perkara yang sebenar walaupun pahit.”

Ini hanya sebuah cerita sahaja dan tidak mungkin akan ada CEO yang akan melantik penggantinya dengan biji benih tetapi di sebalik cerita ini menyatakan betapa pentingnya bercakap BENAR. Ramai antara kita yang memberi laporan palsu kepada pihak atasan supaya tidak kena marah malah akan dipuji dan dinaikkan pangkat.

Ingatlah, mungkin tidak mendapat balasan di dunia tetapi jika kita jujur, insyallah kita akan mendapat balasan di Akhirat nanti.

Tabur benih KEJUJURAN, menuai KEPERCAYAAN
Tabur benih KETEKUNAN, menuai KEMENANGAN
Tabur benih KERJA KERAS, menuai KEJAYAAN
Jangan TAKUT mengaku walaupun PAHIT JIKA itulah PERKARA BENAR

Seistimewa Manakah Wuduk Itu?

Apa itu Wuduk?

Berwuduk merupakan syarat wajib untuk mendirikan solat yang disebut dengan mengambil wuduk atau dalam bahasa Melayu, mengambil air sembahyang.Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh kenapa mesti telinga. Banyak rahsia dalam kandungan wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:


Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Apa keistimewaan air wuduk?

- Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk.

- Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah

Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi.

- Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik

Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Samasa itu juga darah mengalir ke kawasan muka, kedua tangan dan tapak kaki dengan sangat lancar.

- Air wuduk dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit.

Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh dni sekitar kulit.Walau tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dihindarkan.

- Air wuduk dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah.

Berkumur juga akan menyegarkan. Membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.