Rabu, 16 Januari 2008

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat,
krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran²,
krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok
krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALL Y ........ for received this personal and meaningful forwarded e-mails
because it means you have friends who are thinking of you.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Isnin, 7 Januari 2008

Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga

DOSA MENGUMPAT TIADA AMPUN....

Mengumpat bermaksud mencela, atau memburuk-burukkan orang lain ataupun menyiarkan kesalahan dan aib orang lain di belakangnya. Selalunya perkara ini dihubungkaitkan dengan kaum wanita, yang mana mungkin disebabkan perangai kaum wanita yang gemar atau suka bercakap atau berbual-bual. Walaupun begitu kaum lelaki juga sering terlibat dalam perkara ini.

Ada sesetengah orang beranggapan bahawa tidak dikatakan mengumpat, sekiranya apa yang dikatakan itu memang benar. Hal ini sebenarnya tidak tepat sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bermaksud:

Daripada Abu Hurairah berkata: "Katakan wahai Rasulullah apakah mengumpat itu?" Baginda bersabda: "(Mengumpat) adalah kamu menyebutkan tentang saudaramu sesuatu yang dibenci". Dia bertanya: "Beritahukanlah kalau pada dirinya terdapat apa yang aku katakan, maka kamu telah mengumpatnya dan kalau pada dirinya tidak terdapat apa yang kamu katakan, maka kamu telah membohonginya dengan dusta yang besar."

Tabiat atau penyakit mengumpat ini perlu dihindarkan kerana orang yang mengumpat itu terdedah kepada kemurkaan dan seksa Allah.

Larangan perbuatan ini amat jelas sebagaiman firman Allah:



Tafsirnya: "Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujarât:12)

Sementara balasan atau akibat daripada perbuatan mengumpat ini amat jelas sebagaimana hadis riwayat Abu Daud yang kira-kira bermaksud:

Pada malam aku di Isra'kan, aku melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: "Hai Jibril, siapa mereka ini?" Jawab Jibril: "Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."

Menurut riwayat yang lain bahawa mengumpat itu lebih dahsyat daripada melakukan zina, kerana orang yang berzina itu boleh bertaubat, sedangkan orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan selama mana dia tidak diampunkan oleh orang yang telah diumpatnya tadi.

Perlu disedari bahawa mengumpat itu boleh menghapuskan kebajikan dan amal salih orang yang mengumpat kerana pahala dan amal salihnya akan diambil dan diberikan kepada orang yang diumpat. Jika habis kebajikannya, maka diambil kejahatan orang yang diumpat itu dan ditanggungkan kejahatan itu ke atasnya dan ditulis di dalam rekodnya.

Jadi seseorang itu hendaklah sentiasa melihat aib diri sendiri dan berusaha membersihkan dan merasa malu mencela orang lain, dikhuatiri dirinya sendiri mempunyai aib seperti orang itu atau mungkin lebih dahsyat lagi.

Hendaklah seseorang itu mencari punca yang membawanya mengumpat, supaya dia dapat membuang penyakit mengumpat itu daripada dirinya, dan wajiblah orang yang mengumpat itu bersegera bertaubat dan hendaklah juga dia bersegera meminta maaf daripada orang yang diumpatnya itu.

Di dalam sebuah hadis shahîh yang bermaksud: "Adalah datang perintah minta halalkan daripada perkara kezaliman yang telah dilakukan ke atas seseorang, sebelum tiba pada hari tiada berguna wang ringgit, emas dan perak, hanya di sana ditukar ganti, kebajikan dan pahala orang zalim itu diambil dan dibayar kepada orang yang kena zalim itu dan kejahatan dan dosa orang yang kena zalim itu dilonggokkan ke atas tengkuk orang zalim itu."

Oleh itu orang orang Islam digesa meminta maaf dari sekarang. Akan tetapi bagi orang yang tidak dapat dicari atau orang yang sudah meninggal, sayugialah banyak-banyak meminta ampun baginya dan mendoakannya dengan rahmat, keampunan dan belas kesihan daripada Allah Subhanahu wata'ala jua.

Begitu juga jauhi diri daripada bersifat tajassus atau mengintip serta mencari-cari keaiban dan keburukan orang lain yang tersembunyi sebagaimana firman Allah:

Tafsirnya: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang."
(Surah al-Hujarât:12)


Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

"Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahasiakan di lobang kenderaannya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah:

Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat."
(Surah an-Nûr:19)


Sabda Rasulullah Sallallhu 'alaihi wasallam lagi yang bermaksud:

"Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.

Web Islam

Website Islam yang boleh digunakan untuk bacaan dan buat rujukan….

http://www.darulnuman.com/soal/urutan.html

http://www.alsofwah.or.id/

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/

http://www.qurancomplex.org/Magazine/default.asp?L=ind&notMenu=false&nHadithID=11#H

http://hadith.al-islam.com/bayan/Tree.asp?Lang=MAL

http://www.mifty.tripod.com/id4.html

http://www.al-islam.com/mal/

http://ahlulbait.blogdrive.com/archive/cm-03_cy-2007_m-03_d-27_y-2007_o-0.html

http://drmaza.com/

http://www.geocities.com/pgssajkm/sempadan.htm

http://al-ahkam.net/home/index.php

http://darulkautsar.com/penghadis/lanjutan/usulbida.htm

http://yapis.blogspot.com/

http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/syiah/SyiahQuran.htm

http://www.khadijahmosque.org/tasauf/Nota%20Nur%20Muhammad.pdf

http://www.khadijahmosque.org/tasauf/Nota%20Nur%20Muhammad.pdf

http://www.muhammadiyah.org.sg/articles/beramal_dengan_hadis_dhaif.

Kita sebenarnya......

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu
14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari
Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka
lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut
hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka
mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih
bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
......lebih cintakan
dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke
Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

Adik perempuan kena rogol.

"Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri."

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik
perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata
si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh>dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si
abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. "Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang
mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan
khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq

+ abang-abang itu Pengerusi OIC (Cuba teka siapa?) & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC